Ciri-ciri Stesen Stesen_MRT_Sri_Raya

Lokasi

Stesen ini terletak di selatan Taman Sri Raya, Cheras, Selangor. Di sebelah barat laut stesen adalah Lebuhraya Grand Saga manakala di sebelah selatan stesen adalah persimpangan Telekom Lebuhraya Grand Saga. Terletak berhampiran stesen adalah Kampung Batu 10 Cheras, Taman Shahjaya Cheras, Masjid Kariah Cheras, SAM Hulu Langat Batu 10 dan SMK Perimbun.

Pelan stesen

L2
Platform
Platform sisi, pintu tren akan dibuka di sebelah kiri
SBK Arah Selatan Laluan Sungai Buloh–Kajang menghala ke  SBK35  Kajang (Bandar Tun Hussein Onn)
SBK Arah Utara Laluan Sungai Buloh–Kajang menghala ke  SBK01  Sungai Buloh (Taman Suntex)
Platform sisi, pintu tren akan dibuka di sebelah kiri
L1Aras legarMesin tiket, pagar tambang dan pusat khidmat pelanggan
GAras tanahPintu masuk/keluar, hentian bas, teksi dan kenderaan persendirian

Stesen ini adalah stesen bertingkat dengan tiga tingkat: aras tanah, aras legar dan aras platform. Stesen ini mempunyai dua platform sisi di atas ruang legar untuk perkhidmatan Laluan Sungai Buloh-Kajang. Terdapat kemudahan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) seperti tanjakan, blok sentuh di lantai, tandas mesra OKU, butang lif rendah untuk pengguna kerusi roda, braille di butang lif dan kaunter rendah untuk pengguna kerusi roda.[3] Selain itu, terdapat sebuah kawasan parkir terbuka yang menempatkan 220 petak parkir kereta.[4]

Perkhidmatan bas

Bas RapidKL laluan T414 berkhidmat di stesen ini.